Sunday, January 2, 2011

Teknologi Spe Lg Hebat???

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Isteri Pikir Len...


Seorang petani sedang duduk di tangga rumah nya sambil menyisap berkotak2 rokok dan merenung jauh....Seorang jiran nya lalu di rumah nya dan menegurnya..."Ai Daud..npe ko ni..muke sedey jer..."....Si petani melihat jirannya dan berkata "Ntah la usop oi...susah nk ckp..."..Si Usop duduk mendekati si daud ingin mendengar ape yang di hadapi oleh si daud...
Usop: Ape nye yg susah nk ckp..teruk sgt ko ni..smpi berkotak2 rokok ko isap..
Daud:Macam ni..seperti biase la kan..aku ke kadang lembu aku tu nk perah susu..perah punye perah..dah dekat penuh satu baldi..kaki kanan si lembu ni g tendang baldi susu tu..abis tumpah semuanyer..
Usop: La..psl tu je ..ko monyok smpi cmni skli kenpe
Daud:Ntah la Usop..susah nk cakp...
Usop: Ape die yg susah nyer ...cakap je la...[usop dah bengang]
Daud:Aku ikat ar gne tali kaki kanan lembu tu kt tiang..pastu aku nk smbung perah..dah hampir penuh satu baldi..kaki kiri lembu tu lak tendang baldi susu tu..tumpah lagi...
Usop:Ha..kene tendang lagi..??
Daud:Ntah la Usop susah nk ckp dah...
Usop:Abis tu..ko wt pe lagi kt lembu tu
Daud:Aku ikat ar kaki kiri lembu tu kt tiang..pstu aku perah lagi susu...dah nk penuh..ekor si 
bodoh 
lembu tu libas baldi susu aku..tumpah lagiii..
Usop:...Patutla ko monyok je..tpi aku tengok teruk sgt ko ni..tkkan psl susu tumpah ko smpi nk berkotak2 isap rokok...
Daud: Tah la usop..susah aku nk ckp...
Usop:Adooiiii...susah nk ckp jer ko ni..abis tu ko wt pe lagi kt lembu ko tu ..ko perah lagi ke susunyer..
Daud:Tali aku dah abis gne nk ikat kaki lmbu tu..aku gne ar tali pinggang aku nk ikat ekor lembu tu lak...suar aku longgar..tkde tali pinggang..bile suar aku terlondeh je..bini aku datang...

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk
menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik
memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke
masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu,
lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50
sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua
memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk
termasuk Amat sekali... tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek
betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau
bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun
berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti... "
lalu orang itupun menjawab...

Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau
tu".
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di
dalam sembahyang pun berkata...

" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

" Yang kau bercakap tu aper ?"... .

imam yg berada di hadapan terdengar perbualan antara mereka.
pak imam:(dlm hati) *$!^&$*&#*

Rbot Kesan Pembohongan...

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...